Wednesday, 27 March 2013

Antonim dan Sinonim


Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. Contoh antonim adalah :
  • besar - kecil
  • tinggi - rendah
  • jauh - dekat
  • panjang - pendek
  • sejuk - panas


Sinonim ialah kata yang sama atau yang hampir sama maknanya atau seerti dengan kata-kata yang lain. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. 
Contoh sinonim adalah :
  • cantik - indah
  • cepat - pantas
  • ejek - perli
  • betul - benar
  • pandai - bijak

Wednesday, 6 March 2013

Kata nama Khas-Tatabahasa



Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Tuesday, 5 March 2013

Cerita Arnab dan Kura-kura

Arnab  seekor  haiwan  yang 
sombong. Dia  selalu mengejek  kura-kura kerana berjalan sangat lambat. Kura-kura  amat marah dan mencabar  arnab lumba lari.



arnab berasa geli  hati kerana kura-kura yang berjalan lambat itu mengajaknya berlumba lari.  Arnab menerima cabaran sang kura-kura.
Pada waktu pertandingan arnab berlari laju sementara kura-kura berlari sangat lambat.

Oleh sebab  memandang rendah kepada kura-kura, arnab pun tidur. Kura-kura a ternampak arnab sedang tidur. Kura-kura pun berjalan perlahan-lahan supaya arnab tidak terjaga.

 Apabila  arnab  bangun  kura-kura telah menang. Arnab berasa sangat malu lalu dia pun meminta maaf kepada kura-kura. Sejak peristiwa itu arnab pun menjadi kawan baik kura-kura.




Latihan Objektif Tatabahasa

1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.
a.mencurahi.             b.dicurahkan.               c.mencurahkan.            d.dicurahi
.
2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.
a.mengajar          b.mengajarkan             c.ajarkan                d.diajarkan

.
3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.
a.ditanak.            b.dikukus.                    c.direbus              d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.
a.mengandas.        b.menjinjing.              c.menatang.            d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
kenderaannya di kawasan tunda itu.
a.Biarpun,  begitu juga.           b.Mestipun,  kecuari.        c.Walaupun,  namum       
d.Sungguhpun,  maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.
a.lalu,  Biarpun.          b.dan,    Manakah.          c.apabila,     Sementara       d.maka,      Adapun
.
7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.
a.biji,   buah         b.berkas,     butir       c.tangkai,        biji.          d.ulas,    ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.
a.biji      b.kelompok         c.buah           d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.
a.batang       b.papan         c.berkas        d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.
a.Bebatang       b.Bebuli        c.Reranting        d.Kekayu


11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.
a.lelapi         b.lelabah         c.Kekabu        d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.
a.sampah-sarap       b.semak-samun           c.sayur-mayur        d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.
a.Kaki     botol          b.Kaki      judi          c.Kaki     bola       d.Kaki   sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.
a.otak   kancil       b.otak     udang       c.otak   cair         d.otak    beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.
a.tangkai     jering      b.hancur     hati         c.pedih      hati            d.hidung       tiaggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.
a.tewas         b.prihatin            c.kecewa         d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.
a.meminta                 b.diminta                 c.permintaan                  d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.
a.terpelihara,terkorban      b.terkawal,tenat         c.terjaga,menemui ajal.     d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.
a.lalu       b.biasa        c.ingin          d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.
a.pucuk     b.laras             c.helai          d.keping.

Ayat Tunggal dan ayat majmuk (tatabahasa)

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Ayat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.
1 subjek
1 predikat
Saya
sakit
Rumah Ali
cantik
Ahmad
tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.
Ayat majmuk
Kata hubung
Ayat tunggal
Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.
dan
(a)      Suhaili  suka makan nasi lemak.
(b)      Suhaili suka makan mi sup.
Rumah yang besar itu rumah Fazli.
Yang
(a)      Rumah itu besar.
(b)      Rumah itu rumah Fazli.
Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
bahawa
(a)      Dia memberitahu.
(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.
Apabila
(a)      Dia akan balik ke kampung.
(b)      Dia ada masa lapang.

Saturday, 2 March 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEMULIHAN DARJAH 2


RPH BAHASA MELAYU PEMULIHAN TAHUN 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU PEMULIHAN

Kelas                        : 2 Delima
Pembelajaran         : Bahasa Melayu
Hari                            : Khamis
Tarikh                       : 1 Mac 2012
Masa                         : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Bilangan Murid       : 7 Orang (4 Lelaki, 3 Perempuan)
Tajuk                        : Buah-buahan
Kemahiran               : Mengenal Warna

Objektif / Hasil Pembelajaran     :
Pada akhir pembelajaran murid dapat ;
1.    Mengenal nama buah-buahan
2.    Mengenal warna buah-buahan

Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
(i)    Sebutan dan intonasi       : Membaca dengan sebutan dan intonasi betul.                     :
Kemahiran Bernilai Tambah
(i)    Pembelajaran Konstruktivisme
(ii)  Kecerdasan Pelbagai
(iii) Belajar Cara Belajar
(iv) Kemahiran Berfikir

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid



Penekanan Konsep 5P :
(i)    Penggabungjalinan : kemahiran mendengar dan bertutur, membaca
(ii)  Penilaian                  : Lembaran kerja

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
(i)    Bahan Multimedia : LCD, Laptop, Slaid
(ii)  Bahan Bercetak      : Petikan rencana, Lembaran kerja
(iii) Bahan Maujud        : Model buah-buahan
(iv) Kad gambar buah-buahan, kad warna, warna krayon

Pengetahuan Perlu Ada :
Murid pernah makan buah-buahan



















AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH / FASA / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi
(5 minit)

Model buah-buahan
·     Buah epal
·     Buah pisang
·     Buah anggur
·     Buah oren


·     Guru memasukkan model buah epal, buah pisang, buah anggur serta buah oren ke dalam kotak sebelum sesi pengajaran.
·     Guru mengarahkan setiap murid mengambil sebiji buah di dalam kotak tersebut dan memberitahu nama buah itu.
·     Guru meminta murid menyebut nama buah-buahan tersebut secara beramai-ramai.
·     Kemudian, guru bertanya kepada murid sama adakah mereka pernah makan buah-buahan tersebut.
·     Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini. Murid akan belajar mengenal warna buah-buahan sambil guru menunjukkan satu persatu buah-buahan yang di maksudkan (buah epal, buah pisang dan buah oren).


BBM
model buah-buahan
·     Buah epal
·     Buah pisang
·     Buah anggur
·     Buah oren



Langkah 1
(15 minit)

Warna-warna
·     Buah epal – warna merah
·     Buah pisang – warna kuning
·     Buah anggur – warna unggu
·     Buah oren – warna oren



·     Guru menunjukkan satu persatu buah-buahan itu dan menyebut warna buah-buahan tersebut.
·     Guru meminta murid secara beramai-ramai memberitahu warna buah yang guru tunjukkan di hadapan.
·     Kemudian, guru mengarahkan setiap murid secara individu menyebut semula warna buah yang guru tunjukkan kepada murid berkenaan.


·     Guru dan murid bersama-sama menyebut satu persatu warna buah yang berada di hadapan sambil guru melekatkan kad gambar buah-buahan itu di papan tulis.


Mengintergrasi Maklumat

Langkah 2
(10 minit)

Kad Warna
·     Kad warna merah
·     Kad warna kuning
·     Kad warna unggu
·     Kad warna oren

merah
ungu
oren
kuning
 












·     Guru menunjukkan kad warna merah, kuning dan oren sambil menyebut nama setiap warna tersebut.
·     Guru memilih secara rawak beberapa orang murid dan meminta mereka memadankan kad warna dengan kad perkataan warna merah, kuning, ungu dan oren di papan tulis.


BBM
Kad Warna
Kad Perkataan

Langkah 3
(10 minit)

Aktiviti
·     memadankan kad warna dengan kad gambar





·     Guru melekatkan pula gambar buah epal, pisang dan buah oren yang tidak berwarna di papan tulis dan meminta murid memberitahu nama buah itu.
·     Guru meminta beberapa orang murid memadankan gambar buah-buahan yang tidak berwarna itu dengan kad warna.
·     Murid yang berjaya memadankan gambar buah yang tidak berwarna dengan kad warna yang betul akan diberikan buah yang sebenar.







BBM
Kad Gambar

Langkah 4
(15 minit)

Cerita
·     Kisah Anak Itik Yang Gembira





Latihan dengan Bimbingan:
·     Guru bercerita kisah ‘Anak Itik Yang Bergembira’
·     Guru bertanyakan kepada murid apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut
·     Guru bersoaljawab dengan murid





Langkah 5
(15 minit)

Penilaian
·     Lembaran kerja





Latihan dengan Bimbingan:
·     Guru memberi murid gambar buah-buahan (garisan titik-titik).
·     Guru menyuruh murid menyambung garisan titik-titik tersebut (guru membimbing murid yang lemah).

Latihan Kendiri:
·     Guru mengarahkan setiap murid mewarna gambar buah-buahan yang telah dilengkapkan.


BBM
Lembaran kerja

Penutup
(5 minit)

Nilai-nilai murni

·     Guru meminta murid menyebut semula nama buah-buahan yang di pelajari tadi.
·     Guru menunjukkan buah epal, buah pisang dan buah oren satu demi satu sambil meminta murid beramai-ramai menyebut warna buah-buahan tersebut.
·     Guru merumuskan pelajaran hari ini.